Rabu, 25 Ogos 2010

MAJLIS PERASMIAN MASJID MALIM NAWAR

MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUTTAQIN MALIM NAWAR
OLEH KEBAWAH DYTM RAJA DR. NAZRIN SHAH,
RAJA MUDA PERAK

TARIKH :- 01 SEPTEMBER 2010
                22 RAMADHAN 1431

MASA    :- 6.00 PETANG.

TEMPAT:- PERKARANGAN MASJID AL MUTTAQIN,MALIM NAWAR.

ATURCARA MAJLIS:-

  • KETIBAAN DYTM RAJA MUDA PERAK

  • KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

  • UCAPAN YAB MENTERI BESAR PERAK

  • TITAH PERASMIAN / ACARA PERASMIAN

  • BERBUKA PUASA

  • SOLAT MAGHRIB

  • MAKAN MALAM

  • SOLAT ISYAK

  • SOLAT TERAWIH
SEMUA DIJEMPUT HADIR


Khamis, 6 Mei 2010

KELAS TUISYEN MASJID MALIM NAWAR

Masjid Malim Nawar telah mengadakan satu kelas tuisyen bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya tahun 4,5 & 6.Antara matapelajaran yang ditumpukan adalah 4 mata pelajaran teras iaitu :Bahasa Malaysia,English,Matematik dan Sains.Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru dari PPd Kinta Selatan, Sek.Keb Sentosa Kampar, Sek.Keb.Methodist Malim Nawar, Sek.Keb.Tualang Sekah, Sek.Keb Kuala Dipang,
Sek.Keb. Malim Nawar dan Sek. Keb. Kota Bharu.

Kelas dijalankan pada waktu malam selepas solat maghrib dan tamat pada pukul 10.00 malam.
Kelas akan berhenti pada waktu solat isyak dan semua pelajar diwajibkan berjemaah bersama di masjid ini.Pelajar dikehendaki membawa pakaian untuk solat.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara jawatankuasa masjid,guru-guru,ibubapa,dan jawatankuasa kampung yang berhampiran.Diharapkan ibubapa dan pelajar dapat memafaatkan program yang dijalankan supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi jawatankuasa masjid.