Khamis, 6 Mei 2010

KELAS TUISYEN MASJID MALIM NAWAR

Masjid Malim Nawar telah mengadakan satu kelas tuisyen bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya tahun 4,5 & 6.Antara matapelajaran yang ditumpukan adalah 4 mata pelajaran teras iaitu :Bahasa Malaysia,English,Matematik dan Sains.Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru dari PPd Kinta Selatan, Sek.Keb Sentosa Kampar, Sek.Keb.Methodist Malim Nawar, Sek.Keb.Tualang Sekah, Sek.Keb Kuala Dipang,
Sek.Keb. Malim Nawar dan Sek. Keb. Kota Bharu.

Kelas dijalankan pada waktu malam selepas solat maghrib dan tamat pada pukul 10.00 malam.
Kelas akan berhenti pada waktu solat isyak dan semua pelajar diwajibkan berjemaah bersama di masjid ini.Pelajar dikehendaki membawa pakaian untuk solat.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara jawatankuasa masjid,guru-guru,ibubapa,dan jawatankuasa kampung yang berhampiran.Diharapkan ibubapa dan pelajar dapat memafaatkan program yang dijalankan supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi jawatankuasa masjid.